Tajuk di atas ini membuatku ingin
menulis di dalam blog. Aku selalu memerhatikan manusia umat zaman kini
sering mengeluarkan kata-kata yang kesat, kotor seperti “BODOH” , “CELAKA”
“FU$%” “POYO” “PUIHH” ... dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya kita
gunakan. Kata-kata seperti ini tidak elok untuk mengambarkan diri kita
sebagai umat islam. Kalo boleh, elakkanlah. Mungkin kita tidak sedar dengan apa
yang kita katakan lagi-lagi apabila kita dalam keadaan yang sangat marah dan
tidak mampu mengawal diri kita sendiri.
Daripada Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bukanlah orang yang gagah
perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang
gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Aku juga kurang berkenan apabila ada
juga sesetengah individu yang mana cara tegurannya kurang elok dan tegurannya
itu yang boleh menjatuhkan aib seseorang. Aku faham niat mereka baik untuk
memberi teguran pada kita yang mungkin melakukan kesalahan tetapi tegurlah
dengan cara yang baik dan berhikmah. Janganlah tegur ibarat macam mahu
menjatuhkan maruah individu itu.. Mereka pasti akan rasa terhina apabila tegur
dengan mengatakan kata-kata kesat. Kadangkala, ada juga individu itu nampak
alim dan berpurdah, tapi langsung tidak menggambarkan dirinya sebagai
muslim/muslimat yang baik kerana sering juga mereka mengeluarkan kata-kata yang
kesat dan menghina rakan mereka apabila menegur rakan mereka. Tidak
sepatutnya hal seperti ini berlaku
Kadang-kadang kesilapan yang kita
sering lakukan adalah menegur perbuatan buruk seseorang itu lebih di medium
terbuka yang mana semua orang dapat melihat akan perbuatan tidak baik seseorang
itu seperti di facebook, Twitter, Blog dan sebagainya... Oleh itu, tegurlah
rakan anda dengan baik dan berhikmah dan sesuai dan tepat pada waktuya..
5 CARA YANG BAIK UNTUK MENEGUR SESEORANG
1) Bila
nak menegur seseorang, tegurlah dengan cara yang paling baik dan waktu yang
paling tepat sekali.
2) Carilah
medium terbaik dalm memberikan teguran/didikan.
3) Cari
masa sesuai dan tenang dalam memberikan teguran
4) Anggaplah
dia seperti adik sendiri/anak sendiri/diri sendiri
5) Paling
penting, jangan menegur dalam keadaan kita sangat beremosi.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah
mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan
baginda juga menegaskan
“Siapa sahaja di antara
kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangan (kekusaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah
dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”
No comments:
Post a Comment