Sunday, December 21, 2014

MINDA POSITIF DAN NEGATIF


Minda adalah suatu akal atau fikiran terhadap sesuatu perkara.
Minda terbahagi kepada dua iaitu minda positif dan minda negatif.

Minda positif adalah pemikiran yang boleh meningkatkan kemampuan kita ke arah yang lebih baik. Contohnya, jika kita fikir yang kita boleh dapat straight A dalam exam, insyallah, kita pasti boleh melakukannya. Ini bermakna kita mesti yakin terhadapa apa yang kita lakukan. Frasa “KITA BOLEH” boleh mewujudkan semangat kita untuk fikir dan yakin bahawa anda boleh melakukan. Tapi, biarlah apa yang anda lakukan itu memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan Negara.

Minda negatif adalah pemikiran yang boleh melemahkan kemampuan kita untuk melakukan sesuatu. Contohnya, jika kita fikir tidak boleh cemerlang dalam subjek matematik, sudah pasti kita tidak boleh cemerlang dalam subjek ini. Ini kerana pada awal lagi, anda tidak yakin yang anda boleh melakukan dengan cemerlang untuk subjek ini. Anda sudah mula mengatakan subjek ini susah, tidak faham dan bermacam-macam alasan lagi anda bagi.. Walaupun kita kemungkinan kurang suka dengan subjek itu, kalau boleh cubalah untuk sukakannya dan yakin yang kita boleh melakukannya dengan cemerlang. Minda negatif memberi kesan buruk pada kita.

Kalau boleh jangan biarkan minda anda untuk berfikir perkara yang tidak membawa manfaat pada kita. Contohnya, anda melihat kawan anda menghisap rokok dan dadah atau mencuri dan merompak, cuba gunakan fikiran anda dan tanya dahulu pada diri adakah perbuatan tersebut akan memberi impak yang besar pada kita, masyarakat dan Negara. Kalau anda rasa perbuatan itu memberikan kesan buruk pada kita, tinggalkan perbuatan itu dan jangan tergoda dengan ajakan kawan anda dengan perbuatan buruk itu.


Kesimpulannya, saya ingin memberi nasihat supaya buka minda anda dan jangan biarkan ia tertutup. Buka minda untuk fikir perkara yang positif. Orang kata dalam Bahasa Inggeris “Open-minded” yang bermaksud fikiran terbuka dan “Closed-minded” yang bermaksud fikiran tertutup. Minda sangat penting untuk kita. Kalo boleh, gunakanlah minda ke arah yang lebih baik dan jangan gunakan minda yang boleh merosakkan diri kita sendiri dan member kesan buruk yang besar pada masyarakat,dan Negara.

No comments:

Post a Comment