Sunday, December 21, 2014

ErTi CiNTa




Tahukah anda apa ertinya Cinta? Pernahkah anda mengalami Cinta itu? What do you all think about love? Its fantastic or beautiful? Setiap orang pasti mempunyai pendapat yang berbeza mengenai Erti CinTa ini.

Dalam wikipidea, Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang.

Menurut Pandang Islam, Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesame manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan, dan ketenangan. Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun , cinta di dalam ISLAM perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti..:
1. Cinta kepada ALLAH
Islam meletakkan cinta kepada ALLAH, perlakuan hamba tidak member pulangan yang beerti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia mengabdikan diri kepada ALLAH serta menerbitkan iman yang mantap.
2. Cinta kepada Rasulullah S.A.W dan Para Anbia
Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.
3. Cinta Sesama Mukmin
Perasaan kasih sayang sesame manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cina kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Di website ini http://rifafreedom.wordpress.com/2008/09/22/definisi-cinta/, ada banyak definfi cinta yang ada boleh dapati Layarilah website ini atau website lain untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cinta. Cinta memang luas maksudnya. Tidak semestinya Cinta kita pada manusia sahaja tetapi juga cinta kita pada binatang, benda dan lain-lain juga adalah cinta. Ungkapan cinta sering digunakan buat pasangan couple or jika kita suka pada seseorang itu.

Bagi saya, cinta untuk seseorang yang bakal jodoh kita itu akan hadir jika antara kita dan si dia memang saling cinta-menyintai antara satu sama lain. Ia juga akan hadir jika kita melakukan dengan jalan yang halal iaitu pernikahan. Kadangkala, kita sukar untuk membezakan CINTA, SAYANG, MINAT DAN SUKA.

Cinta adalah kasih sayang kita pada si dia dan kita merasakan perasaan yang lain dalam hati kita untuk si dia dan begitu juga si dia. Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Kita juga mungkin sukar nak lupakan dia (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

MinatT pula adalah kita suka seseorang itu tapi tidak lebih seperti pasangan kekasih. Kita mungkin minat si dia tapi kita seperti merasakan seolah-olah dia seperti sahabat kita. Boleh dikatakan kita minat si dia sebab ada sesuatu pada dirinya yang ada sifat, or peribadi yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi dan cantik dan sopan. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita.

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.


Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada
 masalah kita.

No comments:

Post a Comment