Monday, November 10, 2014

PerNah Rasa CemBuRu Tak?

Saya tahu setiap orang  pasti pernah berasa cemburu.  Perasaan cemburu memang normal sentiasa berlaku pada diri kita. Bagi yang masih tak tahu apa maksud cemburu ni dia :

“ Cemburu merupakan emosi dan biasanya merujuk pada fikiran negative dan perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang terutama merujuk pada hubungan manusia.”                                 
                                                                                                             (Petikan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Cemburu)

Saya pun mengakui pernah rasa cemburu melihat orang lain bahagia.

·         Pernah rasa cemburu tak bila kita dapat berita kawan yang kita sayang dah nak bernikah dengan orang lain?
-       Rasa cemburu melihat ramai kawan kita dah nak kahwin dah. Memanglah kadang2 kita pun pernah berfikir gak bila la agaknya kita akan kahwin kan. Berdoalah kepada Allah supaya Allah boleh mempercepatkan jodoh kita dan temukan kita dengan pasangan yang baik dan beriman

·         Pernah rasa cemburu tak bila dulu kita bagaikan pasangan kekasih si dia tetapi si dia sudah jadi ex dan tiba2 dapat berita dah nak bernikah dengan orang lain?
-   Pergh, mesti rasa sakit hati kan melihat ex kita dah nak nikah. Tetapi nak buat macammana kalau dia memang bukan jodoh untuk kita. Apa yang boleh kita buat cuma berdoa sahaja semoga dia bahagia bersama pasangannya.

·         Pernah rasa cemburu tak bila tengok orang lain dapat kerja lebih baik daripada kita?
-    Kita pun boleh dapat kerja lebih baik kalau sentiasa berdoa pada Allah. Buatlah istikharah.

·         Pernah rasa cemburu tak bila  dia dapat result exam lebih baik daripada kita?
-     Belajarlah rajin2. Inshallah kita pun boleh dapat result exam lebih baik. Bersyukurlah walau apapun result yang kita akan dapat. Tak Bermakna kalau kita gagal sekali kita akan gagal selama-lamanya. Perjalanan masih jauh lagi.
      
·         Pernah rasa cemburu tak bila melihat  orang lain lebih berilmu daripada kita? (cth dah belajar sampai phd atau ilmu agama lebih tinggi dari kita)
           - Jadi belajar dan sentiasa beramal dengan ilmu.

·         Dll


Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam’-;
“Cemburu ada dua: satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak dating dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah”

(Hadis Riwayat Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as saghier, hadis no.5783).

KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT

Reminder to my own self.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm,

“Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka  pada suatu hari bapanya telah  bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita tak mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya.”

*Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai  satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi ( kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana  kita belum memasukinya)

*Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan subhanallahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit.

*Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud).

*Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti  puasa yang tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca al-quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca Al-Quran.

*Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud  di hadapan tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullail.

*Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala.

*Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahalan berjumpa Allah SWT.

*Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

*Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?


*Berbahagialah kepada yang membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya……


Sunday, November 2, 2014

DoA PEnGHuLU IsTiGHfAR






Allahumma anta rabbi laa ilaha iila anta kholaqtani, wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastatho'thu, a'udzubika min syarrima shona'tu abu-u laka bini'matika 'alaiyya wa abu-u bidzanbi, faghfirli fa innahu laa
yaghfirudz-dzunuuba illa anta



Maksudnya: 
Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Engkaulah yang menjadikan aku. Dan Aku adalah HambaMu dan aku berjanji mentaatimu semampuku. Aku berlindung kepadamu daripada kejahatan yang aku perbuat, aku mengakui semua nikmatMu kepadaku, dan aku mengakui segala dosa-dosaku, Maka ampunilah Aku, karena sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau.



Jadi, Marilah kawan2 amalkan  doa penghulu istighfar setiap hari.  Moga Allah memberi kita kekuatan agar kita sentiasa istiqamah dalam mengamalkannya.