Reminder to
my own self.
Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm,
“Seorang
remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya
bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.
Aku telah
pergi ke satu dunia, hal yang berlaku di dalamnya adalah sangat hebat
penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita tak mahu lakukan.
Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat,
jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai
daripada dunia dan seisinya.”
*Sesungguhnya
remaja perempuan itu telah berkata mengenai
satu perkara yang sangat berat untuk dihadapi ( kita semua pasti akan
menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK
BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)
*Sesungguhnya
kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan “subhanallahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali, dosa kita
akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian
kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.
*Sesungguhnya
kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah
(yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita
tidak melakukannya.
*Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa
sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita
dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif.
*Sesungguhnya
kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh
70,000 malaikat yang akan memohon ampun kepada Allah SWT baginya. Akan tetapi
seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit.
*Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa
yang menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya
hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan
tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yang kita iringi (satu qirat
adalah sebesar bukit uhud).
*Sesungguhnya
kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan
membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita
mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid.
*Sesungguhnya kita tahu bahawa
menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya seperti orang berjihad di
jalan Allah atau seperti puasa yang
tidak berbuka atau seperti yang berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada
orang susah pun yang menjadi tanggungan bulanan kita.
*Sesungguhnya
kita tahu bahawa membaca al-quran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan,
kita tidak juga membaca Al-Quran.
*Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin
itu adalah berdirinya dia bertahajjud di
hadapan tuhannya dalam keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat
RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang
menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullail.
*Sesungguhnya
kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering
menangguhkan taubat dan bersungguh membuat pahala.
*Ketahuilah
wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yang kita hembuskan, semakin mendekatkan
kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahalan berjumpa Allah SWT.
*Adakah
pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?
*Adakah pahala kita sudah cukup
untuk menghadapi hisab yang boleh memufliskan?
*Berbahagialah kepada yang
membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT
membalas dengan sebaik balasan kepada yang menyebarkannya……
No comments:
Post a Comment