Sunday, December 21, 2014

BANGUNLAH

Aku bersendirian di dalam Kamarku
Dan Aku mengenangkan nasib diri
 Apa yang aku dah lalui selama ini
Mengapa aku rasa macam nak lari
Nak Lari daripada semua orang
Kenapa orang yang aku sayang meninggalkanku,
Kenapa semua ini terjadi pada diriku,
Kenapa?!!!
Kenapa Aku rasa lemah dalam diriku
Bagai tidak ada kekuatan untuk bangun semula

Aku cuba untuk mencari semula kekuatanku
Aku Membaca sesuatu kata-kata
“ Pasti ada hikmah disebaliknya”
Mungkin juga ujian yang menimpa kita
 kerana Allah sayangkan kita
Nak dengar tangisan kita
Nak dengar kita mengadu padaNYA
Nak dengar kita memuji namaNYA

Memang bukan mudah
Untuk kita menghadapi ujian di dunia
Kadang2 rasa takut untuk berhadapan
Dengan dunia luar
Namun, kita kena bangkit juga
Cari kekuatan
Jangan mudah putus asa
Ingatlah pepatah
“Gagal sekali bukan bermakna kita Gagal selama2nya”

Jadi, wahai temanku,
Bangunlah dan bangkitlah untuk
Berhadapan dengan dunia luar
Usah peduli apa kata orang pada kita
Usah terlalu memikirkan apa yang kita telah lalui
Carilah jalan untuk masa depanmu
Fikirkan apa yang kita akan lakukan esok hari dan seterusnya

Wahai teman,
Teruskan perjuangan
Kelak pasti kau akan Berjaya juga
Dan sentiasalah berusaha dan berdoa padaNYA
Dan Jangan lupa carilah kejayaan kita atas keredhaan Allah swt
Insyallah, pasti akan ada kejayaan dan kebahagiaan pada kita


Yang menanti Di dunia dan juga di akhirat.

No comments:

Post a Comment