Dimana
keikhlasan, kejujuran dan ketulusan dalam meraih cintaNYA. Kerna Tuhan hanya
mahukan kejujuran dan keikhlasan cinta kita padaNYA.
Ku harap cinta ilahi tetapi dimanakah keikhlasan, kejujuran dan
ketulusan cinta kita kepadaNYA. Dimanakah? Ku sering berharap agar kau dapat
memahami luahan hati ini yang ingin dicintai. Ya Tuhan, aku sangat mencintaiMu…
Al-Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata:
“Yang saya maksudkan engan ikhlas ialah seria
akh Muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya.
Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan,
kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu, beliau menjadi
tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau
kepentingan.”
Firman
Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :
“Katakanlah
olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah
Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah
aku diperintahkan.”
Erti ikhlas? Apakah dia?
Ikhlas adalah
apabila kita melakukan sesuatu perkara semata-mata untuk mencari keredhaan
Allah s.w.t. tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Setiap apa yang kita lakukan
mestilah ikhlas keranaNYA.. Bukan kerana hanya untuk mendapat kepentingan ke
arah dunia semata-mata. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia,
keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia,
meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau
lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana
Allah.”
Lawan
bagi ikhlas adalah riak iaitu sifat yang suka menunjuk-menunjuk. Elakkanlah
diri kita dari sifat riak ini kerana sifat riak ini adalah perbuatan syirik.
Keikhlasan
kita dalam bercinta terhadap seseorang juga mestilah berlandaskan kerana Allah
s.w.t. Kalau kita bercinta, kita mesti sanggup melakukan apa saja demi kekasih
kita itu. Begitu juga dengan Allah s.w.t. Kita mesti akan menjalankan segala
perintah dan menjauhi segala laranganNYa kerana kita sangat mencintaiNYA.
Tapi…
apa yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan keikhlasan kita terhadapNYA?
Tanda-tanda orang itu ikhlas kepadaNYA adalah:
1) Beliau takutkan
kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya.
Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa
Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia
itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya
bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.
2) Orang yang ikhlas
sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan
ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub
dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak
diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima.
3) Beliau lebih suka
melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan
iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi
seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan
tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.
4) Sama sahaja di sisi
beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah
berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta
untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan
menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk
menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan
dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi
ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas
tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam
melaksanakannya.
5) Tidak menghiraukan
keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya
manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan
matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu
matlamat yang tidak akan tercapai.
6) Hendaklah cinta dan
benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan
agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak menjadi orang seperti
orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela
Allah.
7) Gembira dengan setiap
kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang
bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi
peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba
menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya.
No comments:
Post a Comment