Zaman kini, pelbagai gaya
fesyen yang telah dikenakan. Contoh, pakai tudung shawl lilit2 bagai, tudung
bawal, ariani, jubbah abaya, blouse dan pelbagai lagi. Mesti kita tertanya
salahkah untuk kita berfesyen?
Sesungguhnya Islam tidak
melarang umatnya untuk mengenakan sesuatu fesyen sama ada dalam bentuk pakaian
ataupun aksesori kecantikan. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambaNYA yang
menjaga keterampilan diri dan kecantikan. Malah Allah swt menyukai sesuatu
perkara yang cantik dan indah.
Sesungguhnya Islam
telah menggariskan beberapa panduan bagi seseorang muslim mahupun muslimah dalm
berpakaian. Antara yang perkara diambil perhatian dalam berfesyen terutama bagi
yang muslimah ialah:
1) Memastikan pakaian menutup aurat
tidak memakai pakaian yang terdedah anggota badan kita, tidak memakai
pakaian yang terlalu ketat atau terlalu menonjol/seksi.
2) Tidak memakai pakaian atau aksesori yang menyerupai ciri-ciri budaya orang bukan Islam/orang kafir
-contoh, kita orang islam memakai pakaian Buddha/sari(hindu). Itu memang tidak bolehla. Sebagai orang islam samada lelaki ataupun perempuan dilarang untuk memakai pakaian yang menyerupai agama Yahudi, Nasrani ataupun agama lain. Rasulullah saw ada memberi peringatan yang maksudnya : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah sebahagian daripada mereka.
3) Memakai pakaian tidak menyerupai jantina lain
perempuan memakai pakaian yang menyerupai lelaki, lelaki memakai pakaian yang menyerupai perempuan.Contoh, lelaki memakai skirt/tudung. Perempuan pakai baju t-shirt/kemeja lelaki.
Setiap
suruhan, larangan dan tegahan sudah pasti ada kebaikan dan manfaatnya bagi
menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Betapa istimewanya kedudukan wanita di
sisi agama Islam. Allah swt sayang dengan wanita. Jadi, berusahalah kita untuk
menjadi wanita solehah bukan menjadi wanita yang sekadar biasa-biasa sahaja.



No comments:
Post a Comment