Sunday, December 21, 2014

AwAk TaHu TaK kEnApa SaYa ToLak UnTuk BerCouPle DenGan AwAk?

Emm, awak.. awak tahu tak kenapa saya tolak awak untuk jadi boyfriend saya.? Saya sebenarnya bukan tak suka awak tapi saya dapat merasakan yang awak hanya suka saya sekadar kawan biasa saja bukannya lebih daripada itu. Saya dapat rasakan awak hanya mahu saya hanya jadi penghibur awak saja. Kerna awak tak mahu kawan-kawan awak cakap awak single. That’s why awak bersungguh-sungguh mahu mencari sesiapa saja yang boleh menjadi girlfriend awak.

Awak tahu x kenapa saya tolak bercouple dengan awak sebab saya tak nak saya alpa dan hanyut dengan perasaan saya sendiri. Kalau saya couple dengan awak, saya takut iman saya tergugat. Saya takut sekali dengan Allah s.w.t. Saya takut untuk couple dengan awak sebab jelas-jelas ada yang mengatakan couple ini haram dari segi Islam. Benarkah? Saya selalu mencari di mana laman web untuk mengetahui tentang couple ini dari segi islam. Cikgu saya pun ada mengatakan yang couple ini haram dari segi islam. Kalo nk tahu lebih lanjut samada couple ni haram ke tak carilah di internet.

Awak tahu tak kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya tolak awak sebab saya tak pasti dengan perasaan saya sendiri. Saya tidak pasti samada perasaan saya terhadap awak itu hanya sekadar suka atau Cinta. Saya tidak pasti akan perasaan itu. Adakah saya yang mungkin tidak mengerti apa itu suka dan Cinta.

Awak tahu tak kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya tolak awak sebab saya tidak mengenali dan memahami awak secara dekat. Bagaimana saya mahu menerima awak, sedangkan saya tidak mengenali awak. Saya tidak tahu sikap awak yang sebenarnya. Tapi, bagus gak bagi saya tidak mengenali awak. Mungkin itu lebih baik.
Awak tahu lagi kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya tolak awak sebab saya perlukan masa untuk terima seseorang dalam hidup saya. Lagipun, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menerima awak. Kalau awak benar-benar sanggup tunggu dan cinta sama saya, lakukan secara berhikmah dan halal terhadap saya.

Awak tahu tak kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya tolak awak sebab saya tidak mahu terlalu berharap pada awak. Jika saya terlalu berharap pada awak, saya takut saya mempunyai masalah hati saya sendiri terhadap awak. Awak pun tahu kan Jodoh dan Pertemuan itu semua di tangan Tuhan. Mungkin juga Awak bukan jodoh saya yang sebenarnya.
Awak tahu tak kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya tolak awak sebab saya dapat tahu yang awak sudah pun mempunyai orang lain selain saya. Awak tahu saya kecewa sangat bila dapat tahu awak sudah berpunya tapi saya tidak kisah sebab itu hak awak. Saya hanya boleh doakan semoga awak bahagia bersama dengan si dia.

Awak tahu tak kenapa saya tolak bercouple dengan awak? Saya takut bila awak sudah mengharapkan cinta daripada saya, saya tak nak awak bersedih jika saya meninggalkan awak suatu hari nanti.

Awak tahu tak apa cara yang boleh buat saya terima awak?
Jumpalah ibubapa saya dan mintak restu pada mereka agar hubungan kita dapat menjadi satu hubungan yang halal iaitu PERNIKAHAN.

Cintailah seseorang dengan segala kesabaran dan keikhlasan hati. Cintailah seseorang dengan melihat agamanya, bukan fisiknya. Cintailah seseorang dengan semua kekurangan-kekurangan yang dimilikinya. Cintailah seseorang, tanpa melebihi rasa cinta kita padaNya.


Jika anda benar-benar sukakan dan cintakan seseorang itu, jalinlah hubungan dengan seseorang itu dengan cara yang halal. Lakukan istikharah sebelum kita buat sesuatu keputusan samada diakah orang yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk kita.

No comments:

Post a Comment