Monday, December 8, 2014

FAHAMI "TAKDIR VS KEBETULAN"


TAKDIR
Bagi saya, Maksudnya ialah satu ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Ia adalah satu ketetapan dimana kita sebagai manusia tidak boleh mengubahnya.
Merangkumi aspek : rezeki (jodoh, pekerjaan, dll), ajal, perkara baik, perkara buruk

KEBETULAN
Maksudnya adalah setiap perancangan/aktiviti dan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita secara tiba-tiba dan tanpa disangka-sangka.

Saya bagaikan berfikir tiba2 kata2 adikku iaitu "Tiada Kebetulan dalam Hidup".
 Bagi saya, maksudnya tiada satu pun apa yang saya lalui, apa yang saya nikmati atau sesiapa sahaja yang saya kenali di dunia ini, datang dalam hidup saya dengan KEBETULAN. Semua yang kita rasai bukanlah KEBETULAN. Pasti ada yang merancang dan mengaturnya. Pasti ada hikmah yang tersendiri yang kita tidak tahu yang mungkin telah ditetapkan oleh ALLAH SWT untuk kita.


No comments:

Post a Comment