Monday, October 27, 2014

SyuKur Atas KuRniaAn Allah swt

Tanda syukur ke hadrat ilahi sangat besar buatku kerana banyak nikmat yang Allah telah kurniakan kepada kita.

Aku rasa Bersyukur kerana 
*Allah swt telah mengurniakan Mata untuk melihat, Telinga untuk mendengar, Mulut untuk bercakap, hati   dan anggota pancaindera yang lain.
* Allah sw.t kurniakan kesihatan yang baik untuk kita
* Memberi kita keluarga yang baik dan beriman 
* Sentiasa ada rezeki makanan dan minuman dan keperluan kita yang lain
* memberi kita peluang untuk belajar di universiti2 terhebat di malaysia
* memberi peluang kepada kita bekerja untuk menampung keperluan hidup
* dilahirkan sebagai Islam.

Kadang2 aku cuba renung2kan.
 Allah telah mengurniakan banyak nikmat kepadaku
 tetapi aku tidak tahu apa yang ku harus lakukan untuk Allah s.w.t.
 Aku ingin sekali melakukan sesuatu yang baik untuk Allah swt.
 Tetapi, kadang2 aku alpa, aku leka
 dan terlalu mengikut hawa nafsu sendiri apabila melakukan sesuatu.

Apakan daya
Aku hanyalah manusia
yang sentiasa melakukan kesalahan
yang juga mungkin pernah melanggar perintahmu
yang sentiasa bergelumang dengan dosa

Walauapapun 
Aku sentiasa bersyukur kepadaMu
kerana menjadikan aku
sebagai seorang yang bergelar manusia
ALHAMDULILLAH
itulah ucapan yang terbaik yang boleh kuungkapkan 
untukmu setiap hari dan setiap kali
kau memberi nikmat kepadaku.





No comments:

Post a Comment