DEFINISI SOLAT
SOLAT adalah
merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada dua iaitu
Solat Fardhu (wajib) dan Solat Sunat. Solat Fardhu diwajibkan ke atas umat
Islam mengikut waktu2 tertentu. Waktu2 yang terdapat dalam solat Fardhu ialah
Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Solat Fardhu merupakan rukun Islam yang kedua
dari lima Rukun Islam. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib
baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Syarat wajib solat adalah Islam, Baligh, Berakal
dan Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan.
Sebelum solat, kita
perlu mengambil air wudhuk dahulu. Dibawah ini akan saya sertakan gambar2 yang
boleh diberi panduan kepada kita.
CARA2 BERWUDHUK
CARA-CARA SOLAT
5 WAKTU SOLAT FARDHU
Solat mesti dilakukan oleh seluruh umat islam. Selagi masih hidup, berushalah untuk melakukan ibadat kepada Allah swt terutama solat yang wajib iaitu Solat Fardhu. Banyak kelebihan yang kita akan dapat jika bersolat kepada Allah swt.
Ingatlah manusia: Hidup ini cuma sekali sahaja. Andai kita sia2kan hidup kita di dunia, rugilah hidup kita di akhirat nanti.
Jadi, Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya.





No comments:
Post a Comment